Pati Jus Buah Pioww Bagi Peniaga Balang
Kami ada mengeluarkan 18 jenis pati jus buah fresh bagi perniagaan Bazar Ramadhan, ekspo/karnival/event,majlis perkahwinan, kantin sekolah, food court, pasar malam atau peniaga jus balang tepi jalan.
Jus yang kami bekalkan adalah jus pekat dan pioww tanpa gula bersesuaian bagi peniaga jus balang, air gula diasingkan.
Ini bukan kordial. Ini adalah fresh jus yang di pekatkan serta bersama hirisan. Tidak semua ada hirisan ye. Dalam 4-5 jenis tertakhluk jenis jus. Tiada bahan pengawet dan tanpa perisa. 100% pati jus buah. Yang dah biasa dengan jus buah, diorang boleh bezakan yang mana fresh dan yang mana campuran kordial.
Oleh kerana ini pati fresh wajib ada peti ais atau freezer sejuk beku. Ketahanan pati fresh dalm peti ais biasa jangkamasa dalam satu minggu. Untuk yang sejuk beku boleh tahan dalam 2-3 bulan.



Kami telah membotolkan saiz botol 5.5 liter dengan kepekatan 1:6. Dengan hanya sebotol Pati Jus Pioww untuk bersesuaian balang saiz 33 liter, anda hanya perlu cairkan sedikit dan menambahkan ais sahaja.
Top 5 pati yang laris dan biasa di buat tempahan.
- Jus Mangga
- Durian Belanda
- Air Jagung Klebang
- Teh Ais Thai
- Green Tea Thai
Cara Bancuhan
Masukkan sebotol pati jus kemudian tambah 2 liter air bertapis atau RO. Jangan sesekali guna air paip. Kalau guna air masak lagi bagus. Selebihnya ais sehingga penuh. Kapasiti ais untuk balang saiz 33 liter dalam anggaran 1 setengah sehingga 2 bag ais.
Bagi anda yang guna balang saiz 24 liter pandai-pandai la adjust ye. Nak guna separuh ke, atau tiga suku pun boleh.
Pati Jus ini juga sesuai bagi peniaga yang ingin membotolkannya dalam botol saiz 250ml atau 400ml. Atau pembuat puding mangga atau ais krim malaysia.
Ada juga setengah-setengah pelangan kami adalah peniaga foodcourt yang menggunakan despencer. Mereka memang guna pati yang tiada hirisan. Sebab takut tersumbat dekat paip despenser. Anda juga boleh request pati yang tiada hirisan supaya boleh diblend semua sekali.
Senarai Pati Jus Dan Harga Terkini ( 5.5 liter )
- Durian Belanda – Rm70
- Teh Ais Thai – Rm48
- Green Tea Thai – Rm48
- Carrot Susu – Rm45
- Dragon Fruit – Rm45 ( Pekat dan likat )
- Honey Dew – Rm45 ( Pekat dan likat )
- Katira – Rm45
- Jus Mangga – Rm38 ( Pekat dan likat )
- Limau Kasturi Asam Boi – RM38
- Mata Kucing Rm45
- Kedondong Asam Boi – Rm38
- Lemon – Rm38
- Fresh Orange – Rm38
- Epal – Rm38
- Nenas – Rm38
- Jambu Batu – Rm38
- Belimbing – Rm38
- Tembikai – Rm38
Kebiasaannya saiz cup digunakan bagi peniaga jus balang adalah cup saiz 22 oz dengan anggaran harga jualan RM2 – RM3 dan sebungkus plastik saiz 6×9 ialah RM3.
Anggaran bagi balang saiz 33 liter dalam 60 cup saiz 22 oz.
Kami ada menyediakan khidmat COD mengikut lokasi dan kuantiti. Minima adalah 5 botol – 10 botol. Free delivery.
Bagi yang luar Kuala Lumpur khidmat penghantaran menggunakan bas. Minima 5 botol dan kos bas Rm30
Untuk Tempahan boleh hubungi
Hairi ( Call/ whatsapp / sms ) 0182203744
Atau boleh self collect di
21-0-37 Jalan 15/2A Taman Wilayayah Selayang,
68100 Batu Caves, Selangor
Pakej Pati Jagung Klebang Ori
Pembelian Mengikut Pakej Yand Disediakan
- Pakej percubaan 1.5 liter = Rm25
- Rakan Niaga
- Pati RM68 x 3 Botol
- Total = RM204
- Ahli Rakan Niaga
- Pati RM49 x 5 Botol
- Bahan iklan RM175 ( 1 Banner, 2 bunting, 1 alas meja dan 1 sticker balang )
- Total = Rm420
17 Responses to Pati Jus Buah Pioww Bagi Peniaga Balang