Cara Buat Jus Jambu Batu Untuk Sukatan Balang
Bagi peniaga jus jambu batu di sini saya ingin berkongsikan resepi untuk membuat pati jus jambu batu untuk perniagaan jus jambu batu bagi sukatan balang.
Aksesori yang perlu ada:
- Pisau
- Penapis
- Penyagat
- Pelapik Papan
- Yang Penting Blender

Cara Nak Buat Jus Jambu Batu Menggunakan Isi Dan Kulit Jambu Batu
Cara ini sesuai digunakan oleh peniaga jambu potong iaitu lebihan kulit dan isi jambu batu yang telah dikupas jangan sesekali dibuang. Dengan penggunaan isi dan kulit jambu keuntungan dengan jus jambu sahaja anda anda telah memperolehi 300% keuntungan bersih. Katakan balang saiz besar dengan sukatan cup 16 oz ialah 70 cup ( anggaran mengikut saiz balang ) dengan harga rm1.50. Jualan kasar untuk jus jambu sahaja rm105. Modal jus jambu anda hanya gula, cup,straw dan ais sahaja dengan anggaran rm20 lebih sahaja.
Caranya:
Ini adalah isi dan kulit yang telah dikupas
Letakkan isi dan kulit ke dalam jug blender, isi air sama paras dengan isi dengan kulit tadi. Kemudian di Blend selama 2 minit supaya isi semuanya hancur, kecuali biji sahaja.
Kemudian Tapis
Tapis sehingga yang tinggal hanya biji sahaja. Biji perlu di buang.
Setelah ditapis inilah sukatan yang anda dapat lebih kurang 1 liter
Anggaran untuk 1 jug blender untuk isi dan kulit lebih kurang 4 biji jambu.
Cara kedua: Cara Nak Buat Jus Jambu Batu Menggunakan Buah Jambu Batu
Untuk membuat jus jambu menggunakan buah jambu caranya adalah sama dan sukatannya pun sama sahaja. Jika anda membuat buah jambu potong pilihan yang bijak ialah pilih buah yang rosak atau yang masak untuk dibuat jus. Jika ada yang rosak, buangkan yang rosak tu terlebih dahulu. Pasal yang cantik kita buat buah jambu potong, tak lah membazir. Kalau semua buah cantik lagi bagus dibuat jus.
Potong buah jambu kecil-kecil
Kemudian isi dalam blender penuh dan isi air sama paras. Selepas tu sama je.
Kemudian isi sedikit garam. Garam boleh juga diletak ketika nak blend, selepas blend atau ketika masuk dalam balang. tengok lah mana yang senang. Cuma jangan terlalu masin.
Perlu diingat sukatan blender yang saya berikan ialah untuk buat pati jus jambu ye. Sebab ia masih pekat dan likat.
Untuk Sukatan 1 liter Pati jus jambu lebih kurang 1 KG berat bersih.
Sukatan Balang
Untuk Sukatan Pati Jus Jambu ialah 1:4 atau 1:5 . Bermakna Pati jus 1/4 balang, 3/4 adalah ais. Anda boleh juga letak 1/4 pati jus, 1/4 air dan setengah ais. Sukatan ni tengok waktu perniagaan anda. Jika berniaga start pukul 8 pagi seelok-eloknya 1/4 pati jus, selebihnya adalah ais. Jika Pati jus anda terlalu pekat tambah sedikit air.
Jangan lupa letak sedikit warna hijau supaya jus tu nampak lebih menarik dan sedikit serbuk asam ke dalam balang.
Pewarna hijau
Pewarna hijau perlu diletakkan ketika pati jus sudah dimasukkan ke dalam balang. kemudian baru dimasukkan ais. Masukkan pewarna hijau sedikit demi sedikit kemudian kacau.


Contoh warna ideal
Pesanan: Tapi masih ramai juga yang tak tahu ya. Air balang di buat tanpa gula. Air gula di asingkan di bekas yang lain. Air gula di letakkan dalam cup bila ada order sahaja. Ada yang tanya saya, gula campur sekali dalam balang ke? Ada setengah tu dah masukkan gula pun dalam balang. Mungkin silap saya tak bagitau dalam entry yang lepas. Ni yang kena update balik. Nanti ada masa saya buat entry cara buat air gula pulak.
Harga Jualan
Harga biasa jus cup 16 oz RM1.50 dan special RM2.00 dan cup 12 oz RM1 dan special RM1.50. Saiz cup tertakhluk lokasi anda berniaga, jika kawasan umum boleh la pakai cup 16 oz. Kalau kawasan sekolah atau permainan kanak-kanak boleh la pakai cup 12 oz. Tapi ada setengah-setengah tempat sudah mengunakan cup saiz 22 oz dijual dengan harga rm2 jus jambu biasa dan rm2.50 jus jambu special. Apa-apahal semoga berjaya.
Senarai Pati Jus Dan Harga Terkini ( 5.5 liter )
- Durian Belanda – Rm70
- Teh Ais Thai – Rm48
- Green Tea Thai – Rm48
- Carrot Susu – Rm45
- Dragon Fruit – Rm45 ( Pekat dan likat )
- Honey Dew – Rm45 ( Pekat dan likat )
- Katira – Rm45
- Jus Mangga – Rm38 ( Pekat dan likat )
- Limau Kasturi Asam Boi – RM38
- Mata Kucing Rm45
- Kedondong Asam Boi – Rm38
- Lemon – Rm38
- Fresh Orange – Rm38
- Epal – Rm38
- Nenas – Rm38
- Jambu Batu – Rm38
- Belimbing – Rm38
- Tembikai – Rm38
Pakej Pati Jagung Klebang Ori
Pembelian Mengikut Pakej Yand Disediakan
- Pakej percubaan 1.5 liter = Rm25
- Rakan Niaga
- Pati RM68 x 3 Botol
- Total = RM204
- Ahli Rakan Niaga
- Pati RM49 x 5 Botol
- Bahan iklan RM175 ( 1 Banner, 2 bunting, 1 alas meja dan 1 sticker balang )
- Total = Rm420
Incoming Search
19 Responses to Cara Buat Jus Jambu Batu Untuk Sukatan Balang