• Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Google+
  • RSS

Hotline ( Hairi ) 0182203744

Call / SMS / Whatsapp

Cara Buat Jus Jambu Batu Untuk Sukatan Balang

Bagi peniaga jus jambu batu di sini saya ingin berkongsikan resepi untuk membuat pati jus jambu batu untuk perniagaan jus jambu batu bagi sukatan balang.

Aksesori yang perlu ada:

  • Pisau
  • Penapis
  • Penyagat
  • Pelapik Papan
  • Yang Penting Blender

aksesori

Cara Nak Buat Jus Jambu Batu Menggunakan Isi Dan Kulit Jambu Batu

Cara ini sesuai digunakan oleh peniaga jambu potong iaitu lebihan kulit dan isi jambu batu yang telah dikupas jangan sesekali dibuang.  Dengan penggunaan isi dan kulit jambu keuntungan dengan jus jambu sahaja anda anda telah memperolehi 300% keuntungan bersih. Katakan balang saiz besar dengan sukatan cup 16 oz  ialah 70 cup ( anggaran mengikut saiz balang ) dengan harga rm1.50. Jualan kasar untuk jus jambu sahaja rm105. Modal jus jambu anda hanya gula, cup,straw dan ais sahaja dengan anggaran rm20 lebih sahaja.

Caranya:

IMG_20150806_222826

Ini adalah isi dan kulit yang telah dikupas

IMG_20150806_223128

Letakkan isi dan kulit ke dalam jug blender, isi air sama paras dengan isi dengan kulit tadi. Kemudian di Blend selama 2 minit supaya isi semuanya hancur, kecuali biji sahaja.

IMG_20150806_223701

Kemudian Tapis

IMG_20150806_223801

Tapis sehingga yang tinggal hanya biji sahaja. Biji perlu di buang.

IMG_20150806_224147

Setelah ditapis inilah sukatan yang anda dapat lebih kurang 1 liter

Anggaran untuk 1 jug blender untuk isi dan kulit lebih kurang 4 biji jambu.

Cara kedua: Cara Nak Buat Jus Jambu Batu Menggunakan Buah Jambu Batu

Untuk membuat jus jambu menggunakan buah jambu caranya adalah sama dan sukatannya pun sama sahaja. Jika anda membuat buah jambu potong pilihan yang bijak ialah pilih buah yang rosak atau yang masak untuk dibuat jus. Jika ada yang rosak, buangkan yang rosak tu terlebih dahulu. Pasal yang cantik kita buat buah jambu potong, tak lah membazir. Kalau semua buah cantik lagi bagus dibuat jus.

IMG_20150806_224442

Potong buah jambu kecil-kecil

IMG_20150806_224620

Kemudian isi dalam blender penuh dan isi air sama paras. Selepas tu sama je.

IMG_20150806_224008

Kemudian isi sedikit garam. Garam boleh juga diletak ketika nak blend, selepas blend atau ketika masuk dalam balang. tengok lah mana yang senang. Cuma jangan terlalu masin.

Perlu diingat sukatan blender yang saya berikan ialah untuk buat pati jus jambu ye. Sebab ia masih pekat dan likat.

IMG_20150806_225006

Untuk Sukatan 1 liter Pati jus jambu lebih kurang 1 KG berat bersih.

Sukatan Balang

Untuk Sukatan Pati Jus Jambu ialah 1:4 atau 1:5 . Bermakna Pati jus 1/4 balang, 3/4 adalah ais. Anda boleh juga letak 1/4 pati jus, 1/4 air dan setengah ais. Sukatan ni tengok waktu perniagaan anda. Jika berniaga start pukul 8 pagi seelok-eloknya 1/4 pati jus, selebihnya adalah ais. Jika Pati jus anda terlalu pekat tambah sedikit air.

Jangan lupa letak sedikit warna hijau supaya jus tu nampak lebih menarik dan sedikit serbuk asam ke dalam balang.

pewarna-hijau

Pewarna hijau

Pewarna hijau perlu diletakkan ketika pati jus sudah dimasukkan ke dalam balang. kemudian baru dimasukkan ais. Masukkan pewarna hijau sedikit demi sedikit kemudian kacau.

 

jus-jambu-balang
 

jus-jambu-balang2

Contoh warna ideal

Pesanan: Tapi masih ramai juga yang tak tahu ya. Air balang di buat tanpa gula. Air gula di asingkan di bekas yang lain. Air gula di letakkan dalam cup bila ada order sahaja. Ada yang tanya saya, gula campur sekali dalam balang ke? Ada setengah tu dah masukkan gula pun dalam balang. Mungkin silap saya tak bagitau dalam entry yang lepas. Ni yang kena update balik. Nanti ada masa saya buat entry cara buat air gula pulak.

Harga Jualan

Harga biasa jus cup 16 oz RM1.50 dan special RM2.00 dan cup 12 oz RM1 dan special RM1.50. Saiz cup tertakhluk lokasi anda berniaga, jika kawasan umum boleh la pakai cup 16 oz. Kalau kawasan sekolah atau permainan kanak-kanak boleh la pakai cup 12 oz. Tapi ada setengah-setengah tempat sudah mengunakan cup saiz 22 oz dijual dengan harga rm2 jus jambu biasa dan rm2.50 jus jambu special. Apa-apahal semoga berjaya.


Senarai Pati Jus Dan Harga Terkini ( 5.5 liter )

  • Durian Belanda – Rm70
  • Teh Ais Thai – Rm48
  • Green Tea Thai – Rm48
  • Carrot Susu – Rm45
  • Dragon Fruit – Rm45 ( Pekat dan likat )
  • Honey Dew – Rm45 ( Pekat dan likat )
  • Katira – Rm45
  • Jus Mangga – Rm38 ( Pekat dan likat )
  • Limau Kasturi Asam Boi – RM38
  • Mata Kucing Rm45
  • Kedondong Asam Boi – Rm38
  • Lemon – Rm38
  • Fresh Orange – Rm38
  • Epal – Rm38
  • Nenas – Rm38
  • Jambu Batu – Rm38
  • Belimbing – Rm38
  • Tembikai – Rm38

Pakej Pati Jagung Klebang Ori

Pembelian Mengikut Pakej Yand Disediakan

  • Pakej percubaan 1.5 liter = Rm25
  • Rakan Niaga
    • Pati RM68 x 3 Botol
    • Total = RM204
  • Ahli Rakan Niaga
    • Pati RM49 x 5 Botol
    • Bahan iklan RM175 ( 1 Banner, 2 bunting, 1 alas meja dan 1 sticker balang )
    • Total = Rm420


Incoming Search

 

Senarai Sticker Balang PVC Kalis Air 9 x 12 inci

Price: RM10.00
Sticker Balang Air Cendol
Price: RM10.00
Sticker Balang Air Mata Kucing
Price: RM10.00
Sticker Balang Pink Guava
Sticker Balang Jus Tembikai Laici
Price: RM10.00
Sticker Balang Jus Tembikai Laici
Price: RM10.00
Sticker Balang ABC Rock
Sticker Balang Air Barli
Price: RM10.00
Sticker Balang Air Barli
Sticker Balang Air Cincau
Price: RM10.00
Sticker Balang Air Cincau
Price: RM10.00
Sticker Balang Lemon Asam Boi
Price: RM10.00
Sticker Balang Mangga Shake
Price: RM10.00
Sticker Balang Mangga Susu
Price: RM10.00
Sticker Balang Jus Nenas MD2
Price: RM10.00
Sticker Balang Green Tea Thai
Price: RM10.00
Sticker Balang Teh Ais
Price: RM10.00
Sticker Balang Orange sunquick
Price: RM10.00
Sticker Balang Orange Sunquick Lemon
Price: RM10.00
Sticker Balang Kopi Ais
Price: RM10.00
Sticker Balang Air Laici
Price: RM10.00
Sticker Balang Mango Cheese
Price: RM10.00
Sticker Balang jus Oreo
Price: RM10.00
Sticker Balang Air Cappuccino
Price: RM10.00
Sticker Balang Air Chocolate
Price: RM10.00
Sticker Balang Jus Kiwi
Price: RM10.00
Sticker Balang Jus Strawberry
Price: RM10.00
Sticker Balang Jus Delima
Price: RM10.00
Sticker Balang Jus Lemon Pudina
Price: RM10.00
Sticker Balang Teh Ais Thai
Price: RM10.00
Sticker Balang Air Mocha
Price: RM10.00
Sticker Balang Air Markisa
Price: RM10.00
Sticker Balang Teh O Ais Limau
Price: RM10.00
Sticker Balang Teh O Ais Lemon
Price: RM10.00
Sticker Balang Air Roselle
Price: RM10.00
Sticker Balang Vanilla Blue

Share
Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)
Tags:, , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

19 Responses to Cara Buat Jus Jambu Batu Untuk Sukatan Balang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Google+
  • RSS
WhatsApp chat